Pencetus peperangan Perang Punic Ketiga

Pada tahun 151 SM, Numidia telah melancarkan satu serbuan sempadan di tanahair Carthage, mengepung sebuah kota, dan menyebabkan Carthage melancarkan satu ekpedisi ketenteraan (25,000 tentera) bagi mengusir penceroboh Numidia. Akibatnya, Carthage mengalami kekalahan tentera yang memalukan dan didenda dengan tambahan hutang 50 tahun kepada Numidia. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Rom menunjukkan ketidak senangan mereka atas keputusan Carthage untuk melancarkan perang ke atas jirannya tanpa pengetahuan Rom, dan memberitahu Carthage bahawa bagi mengelakkan perang ia harus “memuaskan Rakyat Rom”.

Pada tahun 149 SM, Rom mengistiharkan perang ke atas Carthage. Carthage membuat beberapa siri cubaan untuk memenuhi tuntutan Rom, dan menerima janji sekiranya 300 orang kanak-kanak Carthage dihantar ke Rom, Carthage akan kekal memiliki hak-haknya ke atas tanah dan pemerintahan sendiri. Meskipun semua ini dilakukan, kota-kota sekutunya iaitu Utica membelot kepada Rom, dan tentera Rom seramai 80,000 orang berkumpul di sini.[1] Para Consul kemudian menuntut agar Carthage menyerahkan semua senjata dan perisai. Selepas kesemua ini diserahkan, Rom menambah agar rakyat Carthage bergerak sekurang-kurangnya 10 batu ke pedalaman, sementara kota pula dibakar. Apabila rakyat Carthage mendengar perkara ini, mereka meninggalkan rundingan dan serta merta kotanya dikepung, memulakan Perang Punic Ketiga.

Carthage dikepung bermula pada sekitar 149 SM sehingga musim bunga pada 146 SM, apabila Scipio Aemilianus mengambil alih kota dengan serbuan. Meskipun rakyat Punic melawan dengan gagah berani, mereka secara berperingkat diundurkan oleh pasukan besar tentera Rom dan dimusnahkan.